Sunday, May 27, 2012

Nota Kawin 45 : Teaser


Salam, sedikit teaser baju nikah. siapa yang mengikuti post sati sebelum2 ni (nota 32), rasanya dah tau jubah mana yang adik sati belikan ni. malam tadi hantar gambar kat encik tunang. he gave me positive feedback. sekarang dah boleh set date untuk pegi tempah baju encik tunang. hihi. baju kami warna cream =)


bahagian lengan baju (je)

alhamdulillah, keputusan mak untuk tukar baju nikah sati adalah sangat tepat. walaupun hanya tinggal kurang 3 bulan untuk kitorang completekan segala persiapan, mood bridezilla sati belum muncul. 

ni jubah yang adik belikan sebelum ni. tak tau nak let go atau tak. hihi. ade yang berminat ke? baju ni warna off white.
nota kaki : ma;am tadi rasanya tido sambil tersenyum. haha.

Nota Kawin 44 : Falsies

Jumaat, 24 Mei 2012 - Sati kebetulan ke Putrajaya atas urusan kerja. Lebih seronok bila kementerian yang sati pegi tu mmg terletak berhampiran Alamanda. apa lagi... sati terjah la Alamanda sekejap. rezeki hari gaji, sati berjaya beli fake eyelashes untuk bridesmaid + maid of honour sati yang seramai 12 orang itu. sati beli kat SASA. masa ni ade sale. tak tau hari ni ade lagi or tak. boleh pegi check la kawan2 ok? 

so belek punya belek (niat asal xnak beli, nk suh bridesmaid buat smokey eyes dengan bantuan maskara sahaja) semua pun harga sepasang nak 10 hengget. oh no no no.. xmampu la. itu je dah 120 hengget kan? mula2 macam patah hati nak beli, pastu cik promoter SASA Alamanda ni dtg kat sati. dia tanya range harga yang sati nak beli. sati pun cakap la kat dia, sati nak beli skali banyak untuk bridesmaid sati. dia pun excited (aku bukannya beli utk ko, jgn la eksaited sangat. poket aku tak berapa eksaited ni) dia pun sibuk la cari falsies yang cantik2. jujur sati akui, sati xboleh  beza pun falsies ni semua shape ke harga ke kualiti ke. sebab sati tak pernah pakai, so sati x aware dengan hal ini. 

bila promoter ni sibuk recommend brand itu ini, sati dah mula pening tengok harga. sati cakap kat dia, "mahal nyaaaaa.... saya nak beli utk 12 orang ni!". pastu dia senyum2. "tak ape kak, saya carikan yang mana ada less ok? saya check kan sekejap (sambil dia bawak beberapa kotak falsies ke kaunter cashier tu dan check kot ade discount untuk barang2 yang dia dah pilih tu. "yang ni ada kak tapi still mahal, yang ni xada discount kak, yang ni discount harga jadi bla bla bla" pastu dia g amik satu kotak falsies yang ade 10 pairs kat dalam tu. sati dah pegang kotak tersebut pada awalnya, gulp... sekotak rm 89.90. kenapa yg itu ko amik hah promoter. mahai tuuuu oiiiiiiii...

tahniah kepada sati sebab dah berjaya beli. tapi bila balik rumah, sangat la konfius mcm mana nak pakai benda alah ni. hadoi . kena cari orang2 berpengalaman untuk ajar pakai. sungguh jakun sekali saya ini. rasanya jakun pun reti pakai falsies. hahaha

(sambung balik) .... tiba-tiba promoter yang eksaited tadi terjerit "ha kak......! yang ni murah. harga asal rm 89.90 lepas less 30 hengget. yang ni ok ni kak" O_OMG ... kena beli ni, haha. maka sati pun beli la falsies tersebut. nanti cik-cik dan puan bridesmaid sekalian, sila pakai falsies ni ok? kalau xbeli sendiri, boleh amik dari sati pada hari kejadian. tapi kalau dah pakai dari rumah, pun bagusss...

fakta : syee @ designer kad & button badge sati kata kalau beli kat taipei, murah. box of 10 boleh harga dalam 25 inggit. tapi xleh nak g beli la, jauh kot taipei tu, bukannya tampin hokay... lagipun syee buat masa ni xfly pulak ke sana (syee seorang stewardess) 

Tuesday, May 22, 2012

Nota Kawin 43 : Perginya waris tua kami

Al-Fatihah,
sati mohon kepada sesiapa yang membaca post ini untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat moyang Sati yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Mei 2012 jam 12 tengah hari yang lalu. Pemergian beliau pada usia 87 tahun mengikut ic (22 Oktober 1924) tetapi dipercayai umur moyang sati lebih daripada itu memandangkan umur arwah wan long sekiranya masih hidup pada tahun ini adelah 78 tahun...takkan umur 9 tahun dah ade anak kan? itu pun ada possibility arwah wan long terlambat daftar. entah berapa umur nyang yang sebenar, tidak dapat dikenal pasti.

gambar terakhir arwah yang berada dalam simpanan sati telah diambil pada 4 Mei 2012 di Seremban bersempena pernikahan sepupu sati . 

you will be missed, Hjh Fatimah Hj Ali.


nota kaki : teringat bila setiap kali hantar lauk ke rumah arwah dulu-dulu. wan bekalkan lauk, sati kayuh basikal ke rumah nyang yang xjauh dari rumah wan. ade la 600meter jaraknya. arwah tak habis2 suruh sati makan segala apa yang ade. sati akan masak air dan buatkan air teh o untuk minum sambil cicah biskut 4 segi cap ping pong tu. teringat jugak ikut nyang petik pucuk ubi keriting. nyang bagi untuk sati bawak balik rumah wan, minta celurkan dan makan dengan kicap pedas. sayang nyang kat cicit dia ni =')

Monday, May 21, 2012

Nota Kawin 42 : Google & Firefox failed !!


STRESSSS!!! STRESSS!!! STRESS!!! bak kata Kang Gary

Nota Kawin 41 : Button badge dah siap

Salam, hari ni mood excited lebih. selepas menghubungi cik designer kad kawin n button badge sati utk bertanyakan tempahan kad, cik designer bagitau button badge sati dah ready.  ^_^ ohoiiiii eksaited nye saye ni punnnn.. hehe. rasanya haritu baru confirm design, tiba2 dah siap? wahhh... i like u cik designer =)

so ni la hasilnya button badgenye <3 


berikut sati senaraikan nama-nama pada button badge ni. kepada sesiapa yang rasa2, ade namanya disenariakan, boleh datang collect button badge anda di hari bersejarah tersebut


sati n syfq guna design yang sama untuk both majlis di seremban dan jitra. so kuantiti badge side sati ade 150 pcs dan side syfq ade 100pcs. jumlah semua ade 250pcs.
harga yang ditawarkan syee kat kitorang RM325 utk kesemua badge tersebut.
jatuh 1 unit bersamaan RM1.30. termurah setakat yang sati survey beberapa website dan vendor.

kad kawin dah finalize design. hari rabu nak pergi tempah. kepada yang belum submit nama dan alamat, sila berbuat demikian kat link yang ada di sebelah kanan ni. senang nak track n buat head counting untuk kad dan tempahan makanan. ok?

kepada sesiapa yang memerlukan khidmat cik designer yang dah buatkan design dan tempahan badge ni, boleh email kepada beliau Nurul Syahirah @ Syee
email : sheesaysomg@yahoo.com
tq syee..me n syfq love them

nota kaki : untuk pengantin pun ade sebab nak buat kenangan =)

Friday, May 18, 2012

Nota Kawin 40 : Percaturan hantaran

Salam,

Kalau baca status ade perkataan catur dan hantaran kan? ape yang sati cuba maksudkan pasal catur dan hantaran eh? sati nak bagi catur ke as hantaran? hahaha. mesti lah tak. walaupun itu boleh menjadi barang hantaran (kalau ade yg nak buat la) , sati tak buat la. sbb xreti main catur pun. ehe ape da merapu nih?

kali ni nak berkongsi sikit pasal hantaran. hantaran as in barangan hantaran tau. bukan duit hantaran. bila korang tengok column sebelah kanan masing2, boleh lihat senarai barangan hantaran sati kepada tunang dan barangan tunang kepada sati. kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar jumlah hantaran dalam bilangan yang ganjil, dan pihak perempuan akan membalas hantaran tersebut dalam kiraan + 2 dari jumlah yang dibawa pihak lelaki. betul kan?

soalannya di sini

1) kenapa sati dan tunang punya 7 dulang balas 9 dulang? 
jawapannya : saje je nak banyak2. (boleh?)

2) tak membebankan ke banyak2 barang nak beli n hadiahkan?
jawapannya : kalau ikhlas, xada masalah. (ikhlas ke x sebenarnya ni? haha)

3) kenapa 7dulang balas 9 dulang? kenapa tak 5dulang balas 7 dulang?
jawapannya : kalau tengok dalam senarai barangan tu, hanya 5 item dari setiap pihak sahaja milik pengantin. selebihnya untuk keluarga pengantin. xpercaya? meh go through our list.

:: Dari Syfq ke Sati ::
Syfq hanya menghadiahkan 5 barangan sahaja iaitu tafsir, telekung, jam, handbag, dan kasut

.:sebagai balasan :.

:: Dari Sati ke Syfq ::
Sati pula membalas 5 barangan juga iaitu tafsir, t-shirt, jam, casing ipad dan kasut.

haaa kan dah cakap, sama banyak. yang lain-lain tu semua makanan dan sirih junjung.

Thursday, May 17, 2012

Nota Kawin 39 : Panduan berjimat

Salam, tengok tajuk kemain hebat. BERJIMAT katanya. huhu. since dah tak lama nak kawin ni... sati kena la start berjimat. sebab ape? sebab dah tau nanti last minit nak pakai banyak duit. aduiii. ape salah satu langkah penjimatan yang sati lakukan? ini dia... 

ini bekal sati bawa untuk makan tengah hari ke pejabat
yup... ni sandwich je. makan ni untuk lunch boleh membuatkan sati berjimat sebab

1) bahan2 semua amik dari dapur mak. hehehe. terima kasih mak.
2) hal ini boleh mengelakkan sati daripada makan kat kedai
3) elak makan kat kedai bermakna elak mata melilau tengok kedai2 berhampiran. (selalu je ade daya penarik kedai2 ni. xkedai alat tulis kedai tudung. xpun kedai 2 ringgit tu... ya Allah, besarnya godaan)

selain itu, makan sandwich boleh melatih perut sati untuk lebih obedient bila menghadap makanan di masa lain. kalau tak...semua sati nak makan. beringat sebelum kena. penyakit orang kaya-kaya sekarang ni dah ramai orang kena. darah tinggi, kencing manis, sakit jantung tu semua. jum jaga makan. (sebenarnya xde masa eksesais. so jaga makan n banyakkan minum air kosong dan berjalan. berjalan dengan berjalan-jalan lain maknanya ok? hahahaha

oh setakat ni je lah post. tulis pepanjang karang , sati sendiri yang mengantuk nak baca.